Muhammad Azam

About Me

Monday, 14 October 2013

Happy Birthday To Me

Hari ini genap 24 tahun aku bernafas di dunia ini. Alhamdulillah... Syukur ke atas nikmat Allah yg panjang kan umur aku sampai sekarang


Aku dikelilingi oleh kawan2 dan abang yang sentiasa ambil berat pasal aku walaupun masing2 bz dengan hal nya. Sempat juga mereka celebrate birthday aku. Makan kek Secret Recipe, Fish n Chip Manhattan Fish, dapat perfume Carolina Herrera & tengok wayang cerita Gravity di Pavilion



Wednesday, 9 October 2013

Hat Yai

Menaiki keretapi dari KL Sentral ke Hat Yai. Pengalaman baru bagi ku. Imigresen di Padang Besar sebelum masuk Thailand.
Sampai sana sahaja, terus check in hotel Crown Plaza.
Tempat pertama pergi tempat menarik di Hat Yai iaitu Floating Market. Walaupun hujan renyai2, tetap gigih redah.

Antara yg menarik di Hat Yai adalah Tang Kuan Hill. Macam Bukit Bendera lah di Malaysia. Boleh melihat pemandangan di sekitar Hat Yai
Aquarium Songkhla
Songkhla
Samila Beach
 Naga Spray Water
Cabel Car Hat Yai

Saturday, 21 September 2013

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza eksklusif bersama Orkestra Tradisional Malaysia telah berlangsung pada 20-22 & 24 September 2013 di Panggung Sari, Istana Budaya. Ini merupakan konsert tradisional daripada lagu lama dan baru pelbagai irama yang didendangkan seperti joget, asli, inang, samrah, masri, keroncong, dikir, mak yong dan banyak lagi
Saya melihat konsert ini pada hari Sabtu (21 September) bersama rakan2 dan yang paling penting ramai penyokong Siti (Sitizoners) turut hadir pada malam ini. Meriah dengan gelagat penyokong setia beliau.
Lagu pembukaan yang disampaikan Dato' Siti Nurhaliza adalah Nirmala & Kurik Kundi diserikan lagi dengan penari2 kebudayaan.

Selain lagu itu, terdapat lagu2 popular dinyanyikan dalam medley dan muzikal seperti Mahligai Permata, Patah Hati, Janji, Masri Manis, Sulam Sembilan, Joget Pahang, Bulan Yang Mesra, Hati Kama dan banyak lagi. Segmen muzikal paling best part munculnya pelakon empat dara yang kelakar dengan badan debunya apabila lagu Empat Dara dinyanyikan oleh Dato' Siti.

Selepas itu, Istana Budaya gamat sementara Dato' Siti tukar pakaian apabila penyanyi lama iaitu Dato' M. Daud Kilau dengan lagunya Cek Mek Molek membuat persembahan dengan salinan yang dipakai 8 helai baju bertukar2 waktu beliau menyanyi. Mereka berduet dengan lagu Laksamana Raja Di Laut yang sangat sedap alunan lagu ini.

Dato' Siti meneruskan lagi persembahan dengan lagu Ketawa Lagi yang membuatkan riuh rendah Panggung Sari dengan menampilkan pelakon kampung yang kelakar dan menghiburkan.

Seterusnya Dato' Siti memukaukan para penonton termasuk saya sendiri dengan lagu Bahtera Merdeka & Biarlah Rahsia yang diubah ke rentak tradisional sedikit. Dengan alunan suara lantangnya menambahkan lagi lagu itu sangat menusuk kalbu.

Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) muncul untuk bergabung dengan lagu Damak yang merupakan lagu asli lama. Dan tak lengkap apabila Dato' Siti tidak menyanyikan lagu2 yang pernah menaikkan nama beliau terutama lagu daripada ciptaan Pak Ngah dengan medley iaitu lagu Balqis & Ya Maulai dan seterusnya lagu Cindai.

Penutup pada malam itu Dato' Siti menyanyikan lagu baru yang pernah dijadikan lagu tema SUKMA di Pahang yang mengambil judul loghat Pahang iaitu Popaleh Weh

Tuesday, 3 September 2013

Celebrate Birthday Boss

Walaupun sudah seminggu lepas birthday my boss, Asmah. Kami rakan2 kerja tetap celebrate bersama. Kami ibarat family dalam kerja. 7 orang kesemuanya.
Inilah dia birthday girl, Kak Mah
Pada malam itu, kami dinner di Dave's Deli, Subang Parade.
comel x kek nya.. Hahaha

Selepas dinner kami pergi tengok wayang cerita Elysium. Sangat best juga cerita itu.

Saturday, 31 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 56 tahun. Alhamdulillah negara kita masih aman walaupun kadang2 kita dengar pelbagai rusuhan, pembunuhan, dan sebagainya. Hanya 1 je boleh kita teruskan negara kita keamanan, kehormonian, kemakmuran iaitu BERSATU

Tidak kisahlah dari mana asal usul kita lahir, kita patut bersyukur lahir di Malaysia.

Pada malam kemerdekaan, aku bersama kawan2 aku a.k.a adik bradik pergi ke Putrajaya celebrate merdeka. Sangat cantik dengan percikan bunga api yang rasa nya hampir 30 minit berlangsung. Sekali dengan pertandingan bunga api.

Sunday, 11 August 2013

Selamat Pengantin Baru Norlida & Suami

Hari raya keempat, berlangsunglah perkahwinan Norlida(ida) dgn suaminya. Nasib baik kahwin dekat dengan kampung aku juga. So, senang untuk aku datang sebab waktu itu memang aku sudah ada di kampung.
On the way ke kenduri kahwin
Antara rakan kerja yg hadir
Minta sikit seri untuk naik pelamin nnti. Hahaha
Kami yang concer pelamin pengantin. Hahahaha

Kenangan bersama pengantin

Saturday, 10 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Andai ada yg menguris perasaan walaupun dengan kata2 dalam blog nie, mohon dimaafkan la k.

Pada hari raya pertama, saya beraya di kampung saya iaitu di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Tema kali ini adalah biru. Im blue. Hahahaa.
Pagi2 lagi dah bersiap2 dengan baju melayu biru pergi masjid bersembahyang raya. Selepas itu, pergi ke kubur meziarahi puara arwah ibu ku. Sudah 3 tahun pemergian ibunda tercinta. Hati terlalu rindu pada nya. Walaupun beliau sudah jauh, namun terasa dekat di hati seperti beliau sentiasa ada dekat.
Selepas itu semua, kami sekelurga bersama sepupu, sedara bagai, pergi beraya. Melawat sanak saudara yg jauh2 dan lama tidak ketemu 
bersama kakak ku
Pabila melawat sanak saudara semua, terkejut juga bila bertemu anak sedara aku nie. Dulu jumpa masih bayi lagi. Sekarang jumpa balik dah besar panjang budak nie. Cepat benar masa berlalu.
 Hari kedua raya tidak ke mana sangat sebab kena kerja sudah. Apa2 pun dapat juga pergi kerja pakai baju melayu. Hari kedua aku pakai baju melayu warna silver.
 Hari ketiga raya pakai baju biasa warna kuning. Pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu sedara aku, Yan di Bayan Lepas. Jalan sangat la sesak di Highway. Alahai. Ramai betul orang berjalan. Penat habiskan masa di dalam kereta je.