Muhammad Azam

About Me

Saturday 31 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 56 tahun. Alhamdulillah negara kita masih aman walaupun kadang2 kita dengar pelbagai rusuhan, pembunuhan, dan sebagainya. Hanya 1 je boleh kita teruskan negara kita keamanan, kehormonian, kemakmuran iaitu BERSATU

Tidak kisahlah dari mana asal usul kita lahir, kita patut bersyukur lahir di Malaysia.

Pada malam kemerdekaan, aku bersama kawan2 aku a.k.a adik bradik pergi ke Putrajaya celebrate merdeka. Sangat cantik dengan percikan bunga api yang rasa nya hampir 30 minit berlangsung. Sekali dengan pertandingan bunga api.

Sunday 11 August 2013

Selamat Pengantin Baru Norlida & Suami

Hari raya keempat, berlangsunglah perkahwinan Norlida(ida) dgn suaminya. Nasib baik kahwin dekat dengan kampung aku juga. So, senang untuk aku datang sebab waktu itu memang aku sudah ada di kampung.
On the way ke kenduri kahwin
Antara rakan kerja yg hadir
Minta sikit seri untuk naik pelamin nnti. Hahaha
Kami yang concer pelamin pengantin. Hahahaha

Kenangan bersama pengantin

Saturday 10 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Andai ada yg menguris perasaan walaupun dengan kata2 dalam blog nie, mohon dimaafkan la k.

Pada hari raya pertama, saya beraya di kampung saya iaitu di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Tema kali ini adalah biru. Im blue. Hahahaa.
Pagi2 lagi dah bersiap2 dengan baju melayu biru pergi masjid bersembahyang raya. Selepas itu, pergi ke kubur meziarahi puara arwah ibu ku. Sudah 3 tahun pemergian ibunda tercinta. Hati terlalu rindu pada nya. Walaupun beliau sudah jauh, namun terasa dekat di hati seperti beliau sentiasa ada dekat.
Selepas itu semua, kami sekelurga bersama sepupu, sedara bagai, pergi beraya. Melawat sanak saudara yg jauh2 dan lama tidak ketemu 
bersama kakak ku
Pabila melawat sanak saudara semua, terkejut juga bila bertemu anak sedara aku nie. Dulu jumpa masih bayi lagi. Sekarang jumpa balik dah besar panjang budak nie. Cepat benar masa berlalu.
 Hari kedua raya tidak ke mana sangat sebab kena kerja sudah. Apa2 pun dapat juga pergi kerja pakai baju melayu. Hari kedua aku pakai baju melayu warna silver.
 Hari ketiga raya pakai baju biasa warna kuning. Pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu sedara aku, Yan di Bayan Lepas. Jalan sangat la sesak di Highway. Alahai. Ramai betul orang berjalan. Penat habiskan masa di dalam kereta je.