Muhammad Azam

About Me

Thursday 22 November 2012

Rintihan Dari Aku

Lumrah kehidupan apabila kita berada di tahap kebahagiaan dan keselesaan, pelbagai dugaan menimpa. Aku pun tidak lari dari situasi sebegini. Berdiam diri? Mungkin itu yg terbaik bagi semua pihak supaya tidak menimbulkan pelbagai reaksi daripada sekeliling

Aku tak dapat nafikan bahawa aku berada di jalan yang tidak benar. Namun, aku tidak lupa tanggungjawab aku lagi pada Yang Maha Esa. Sesetengah manusia mudah menghukum seseorang apabila melihat kejahatan orang lain. Tetapi tidak pernah ingin memuji melihat kebaikan orang tersebut.

Difitnah bermacam2 hanya melihat satu kesilapan yang aku lakukan. Hmmm.. Kadang2 aku "fed up", rimas, kecewa, sedih dan macam2 lagi perasaan timbul. Ada tangisan pun tiada siapa boleh memahami isi hati aku. Namun, aku tetap tabahkan diri untuk tidak mematahkan semangat aku dan orang2 sekeliling aku yg menyayangi ku.

Bukan mudah bagi aku untuk melalui pelbagai fitnah, hasutan, maki daripada orang yg dari mana asal usul tanpa mengenali aku siapa. Ya Allah, dugaan yang sangat mencabar. Aku redha semua yg tertulis untuk aku. Mungkin ini caranya untuk aku menebus segala dosa aku padaNya.

Hanya Allah yang sentiasa memahami apa yang aku rasa. Hmmm.. Maaf, aku sangat2 kecewa pada sikap orang itu. Aku.... hmmm.. sudah tak mampu nk berkata apa2.

Wasalam..

                                                         - Rintihan seorang yang mahu dimengerti-

Friday 9 November 2012

Concert Dato' Siti Nurhaliza Live in Kuantan


Drive menuju ke Kuantan mengambil masa dalam 2 jam untuk menyaksikan Concert Dato' Siti Nurhaliza live in Kuantan pada pukul 8.00 malam di Bukit Gambang Resort City.

Sebelum itu sempat lagi jalan2 di Bandar Kuantan - Teluk Cempedak.. Inilah kali pertama kaki aku merasai Laut China Selatan. Huhu.. Sgt cantik permandangan di sini.

Sekitar di Konsert yang berlangsung pada malam tersebut
Setelah selesai konsert itu, terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur walaupun dah pukul 12 tgh malam.. Penat tapi berbaloi.

p/s :  Last sekali, dengarlah lagu Muara Hati nyanyian solo Dato' Siti Nurhaliza