Muhammad Azam

About Me

Thursday 23 May 2013

Day 4 : Krabi, Thailand

23 Mei 2013
- Sudahlah tamat percutian aku di sini. Pagi2 terus bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sangat best di sini. Inilah percutian yang bermakna bagiku.
Terima kasih orang2 Thailand yang sangat baik dan peramah. Krabi sebuah tempat yang sesuai untuk tenangkan jiwa. Pasti akan ingat dalam ingatan sampai bila2. I Love Krabi.

Sempat lagi shopping untuk kawan2

Wednesday 22 May 2013

Day 3 : Krabi, Thailand

22 Mei 2013
- Jalan2 di tempat menarik di Krabi ini. Hot Stream / Hot Spring Waterfall
Sgt cantik view kat sini. Ini air terjun panas. First time aku merasa air terjun yang panas. Dan air kat sini sangat jernih.
Petang sampai malam sewa motor jalan2 area bandar Krabi. Sgt best suasana di sini.
Comel x aku pakai helmet. Hahaha
Pasar Malam Krabi

Tuesday 21 May 2013

Day 2 : Krabi, Thailand

21 Mei 2013
- Pagi2 sudah bangun untuk breakfast di hotel. Makan roti, cornflakes & sebagainya
Aktiviti hari nie adalah pergi 4 islands by speed boat..
1. Phra Nang Cave
2. Tub Island
3. Chicken Island
Nampak tak kepala ayam? Hahaha
4. Poda Island

Sangat cantik pulau2 di sini dengan air laut yang jernih & pasir yg putih. Keindahan yang mengagumkan aku.
Selepas letih mandi manda di laut & pergi 4 pulau, lepas 2, pergi mandi lagi di kolam mandi. 

Malam plak makan di hotel Candle Light Dinner. Sedap makanan Thailand nie. Jgn risau, halal semua nya

Monday 20 May 2013

Day 1 : Krabi, Thailand

20 Mei 2013
- Bergerak ke LCCT dari KL Sentral naik bas. Flight AK 1968 Kuala Lumpur - Krabi pukul 1.15 petang.

Selamat Datang ke KRABI, THAILAND

 Pertama skali jejak kaki di Krabi adalah di Wat Thum Sir (Tiger Cave)

Selepas itu, naik gajah. Inilah first time aku naik gajah dan juga first time aku dekat dengan gajah dan pegang gajah. Betapa excited dan jakun nyer aku bila naik gajah nie. Sangat2 best...

Singgah di bandar Krabi sekejap untuk melihat kawasan di situ. Orang2 di sini sangat baik dan peramah. Aku suka cara layanan mereka terhadap aku. Sgt sopan santun. Aku respect..

 Sesudah jalan2 di bandar, aku dibawa ke Marine Life Nursery dimana tempat ini adalah tempat ternakan ikan-ikan. Pelbagai ikan ada di sini termasuklah penyu.

 Akhir sekali baru check in di Hotel Pakasai, Ao Nang. Sangat cantik view dan bilik nya. Wow!! Aku sangat tenang di sini

Lepas 2 keluar dari hotel untuk jalan2 di pantai dan melihat view di Krabi ini. Sgt cantik
Inilah kali pertama aku jejak kaki di Laut Andaman

Wednesday 15 May 2013

Konsert Rakaman Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza

Dapat tiket free dari seorang kawan untuk pergi ke Konsert Rakaman Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza di Angkasapuri RTM. Dah beraya dah padahal lagi 3 bulan lagi nak raya. Hahaha.

Pada konsert ini juga dapat dengar lagu baru full plak 2 live "Lebih Indah". Pertama kali dengar. Sangat sedap lagu baru itu.
Antara yang hadir pakai baju raya

Nabil sebagai artis jemputan

Friday 10 May 2013

Happy Birthday untuk dia F***

Hari ini merupakan birthday orang yang istimewa dalam hidup, nama awal F.. Hahaha.. Berahsia sgt kan? Xmo lah kecoh sapakah dia, cukup la boleh bgtau yang dia nie adalah orang tulang belakang aku yang sentiasa bersama dengan aku di saat susah senang.

Aku buat khas tulis blog nie untuk dia sebagai penghargaan kerana sudi hadir dalam hidup aku walaupun pelbagai kerenah aku. Dia tetap sabar. Terima kasih.

Sebagai tanda hargai dia, aku celebrate birthday dia di Restoran Muara di Klang. Makan makanan seafood tepi laut. Indah di malam itu..

Sunday 5 May 2013

5 Mei 2013 - Pilihan Raya Umum ke 13

Mengundi adalah satu tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia. Sepanjang kempen nie terlalu banyak kutuk sana kutuk sini. Tapi yang pasti pilihan semua di tangan kita. Undilah pemimpin yang baik & buat kerja.

Aku mengundi di kawasan P199 Parlimen Titiwangsa di Sekolah Chong Hwa, Jalan Damai.
Siapakah yang aku undi? Biarlah rahsia. Hehehe... Kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya. Yang penting terima dengan hati yang terbuka siapa pun yang menang.

Ini merupakan kali pertama aku mengundi. Agak kekok dan blur bila masuk di kawasan mengundi. Haha. Apa2 pun pengalaman pertama bagi aku.