Muhammad Azam

About Me

Sunday 7 July 2013

Siti Nurhaliza In Symphony Live With The Malaysian Philharmonic Orchestra

5hb, 6hb & 7hb Julai, Dato' Siti Nurhaliza telah mencipta satu lagi sejarah baru apabila telah membuat konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas bersama iringan muzik orchestra.
Tetapi aku pergi hanya 1 hari sahaja iaitu hari terakhir. 07 Julai 2013. Hari Ahad. Sebab bagi aku mungkin hari terakhir adalah hari yang sudah serasi untuk Dato' Siti Nurhaliza buat persembahan.
Dalam dewan nie x boleh nak ambil gambar or rakam. Nnti kena suluh leser hijau. Kene tangkap payah. Hahaha. So, ini je dapat ambil gambar. Waktu ini Siti belum keluar lagi. Dan di sini lah aku duduk.

Apa yang boleh dikatakan pada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada kali ini adalah yang terbaik. Lain daripada lain sebab dengan iringan orchestra dan sgt menguji vokal Siti Nurhaliza. Sangat jelas & meremang semua bulu dengar vokal nya lebih2 part nada tinggi. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Kau Kekasihku, Biarlah Rahsia, Di Taman Teman, Seindah Biasa, Cindai, Purnama Merindu, Lebih Indah, Muara Hati. Medley slow plak lagu Jerat Percintaan, Bukan Cinta Biasa, Diari Hatimu & Percayalah. Lagu medley rancak adalah Ku Mahu, Balqis & Ya Maulai

Di luar dewan, bertemu kawan2 & ahli2 Sitizoners. Ke mana sahaja show Dato' Siti, mereka ada. Aku pun kadang2 terlibat. Tapi tak ada la macam mereka yang  setiap masa mengikuti perkembangan Dato' Siti. Kagum dengan mereka.

 Dayang Nurfaizah pun turut hadir menyaksikan konsert Siti Nurhaliza. Sangat manis dia.

 Dan ini pula adalah designer yang telah membuat baju Dato' Siti Nurhaliza pada malam itu sangat cantik. Rizman Ruzaini

Ini pula merupakan orang2 yang sangat rapat dengan Dato' Siti Nurhaliza
Datuk Khalid, suami Dato' Siti Nurhaliza
Kak Rozie, kakak ipar & pengurus Dato' Siti Nurhaliza
Adik & Abg Dato' Siti Nurhaliza, Hafiz & Ayie

Kakak Dato' Siti Nurhaliza, Saida







 Akhir sekali aku kesempatan jugak bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza. Sangat cantik. Dan ini merupakan kali pertama aku ambil gambar berdua dengan Dato' Siti Nurhaliza. Betapa teruja dan happy nya aku time ini. Dup dap dup dap gak bila dapat dekat dengan Dato' Siti Nurhaliza

No comments:

Post a Comment