Muhammad Azam

About Me

Monday 30 June 2014

FRAGMEN - DATO' SITI NURHALIZA

FRAGMEN - Album terbaru dari Dato' Siti Nurhaliza yang ke 15. Menaruhkan 9 buah lagu dari komposer terkenal seperti Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Awi Rafael, Adi Priyo, Lin Li Zhen dan ramai lagi.

Antara lagu yang terdapat dalam album FRAGMEN : -
1. Aku (Lagu & Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan) 
2. Jaga Dia Untukku (Lagu: Aubrey Suwito; Lirik : Rozi Sangdewi)
3. Mula Dan Akhir (Lagu : Awi Rafael; Lirik : Tinta)
4. Kau Sangat Bererti (Lagu & Lirik : Hamid Mufari)
5. Sanubari (Lagu : Adi Priyo; Lirik : Ce'Kem)
6. Terbaik Bagimu (Lagu & Lirik : Ade Govinda) 
7. Warna Dunia (Lagu : Lin Li Zhen; Lirik : Rozi Sangdewi)
8. Membunuh Benci (Lagu : Acap; Lirik : Hairul Anuar Hairun)
9. Lebih Indah (Lagu : Aubrey Suwito; Lirik : Ad Samad)

 

Album yang terbaik. Dengan pemilihan lagu yang memukau dan best menusuk halwa telinga. Vokal dan arragement muzik yang hebat! FRAGMEN album yang boleh dianggap sebagai terbaik antara terbaik. Inilah nama nya SITI NURHALIZA.. 5/5 bintang!!!

Thursday 26 June 2014

Event di Kampung Kuala Medang, Lipis, Pahang

Kali ini ada event bersama Radio Selangor, RTM di Kuala Medang, Lipis. Bertolak dari Angkasapuri, Pantai Dalam menaiki bas mengambil masa dalam 2 jam 30 minit.
Suasana kampung dapat dirasai bila berada di sini. Dengan penduduk yang baik dan peramah. Makan makanan kampung, ikan patin masak tempoyak, ayam kampung masak lemak, sambal belacan, dan macam2 lain. Sampai kami semua sakit perut. Hahaha. Pengalaman yang menarik bila berada di sini.

Tuesday 24 June 2014

Kursus Terowong Berapit

Terowong Berapit yang terletak antara Kuala Kangsar ke Taiping merupakan terpanjang di Asia Tenggara dengan 2.9km dan mempunyai pelbagai sistem yang canggih. Pening woo kepala dengan kursus nie. Hahaha

Sunday 22 June 2014

Lawatan Ke Kelantan KTMB & SPAD

Bermula pukul 8.00 pagi bertolak dari KL Sentral bersama rakan kerja dan pegawai2 KTMB menuju ke Kelantan menaiki train special dilengkapi koc event, koc salun khas
Permandangan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Sangat teruja tengok sungai, bukit, kampung.
Mengambil masa 14 jam sampai Wakaf Baru, Kelantan. Letihnya berada sehari suntuk dalam train. Setiba sahaja kami semua check in di Hotel Renaissance Kota Bharu
Sangat cantik biliknya. Terasa nikmat dapat tidur kat hotel ini setelah berjam2 dalam train
Keesokkan nya bertugas untuk melayan VVIP, Chairman, Presiden dari Kelantan ke Kuala Lumpur dalam lawatan ini. Sangat penat tapi dapat pengalaman yang berharga. Bukan senang untuk berdiri, duduk bersama golongan atasan. Alhamdulillah.

Sunday 15 June 2014

Selamat Pengantin Baru Dilla & Farhan

Dilla merupakan rakan kerja aku. Berlangsung di Pusat Komuniti Lembah Pantai di sandingkan bersama pasangan pengantin ini
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya. Di sini disertakan sekali gambar2 dengan rakan kerja lain yang turut hadir pada majlis perkahwinan Dilla ini

Tuesday 10 June 2014

Jun : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Terengganu

Pada 6 Jun 2014 bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut, Terengganu dalam pukul 6.00 petang. Sampai di Kuala Besut dalam pukul 7.00 pagi pada 7 Jun 2014. Ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di bumi Terengganu. Breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan.

Dalam pukul 10.00 pagi, menaiki boat dari Jetty Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian. Yeah!!! Kali ini pergi ke Pulau Perhentian. Hitamkan dirilah kita.
Mengambil masa dalam 35 minit perjalanan dalam boat ke Pulau Perhentian. Sampai je sana aku kagum dan terpesona melihat keindahan alam semula jadi. Air laut yang jernih, tenang dan rasa bebas. Inilah yang aku mahukan.
Tak sempat check in lagi dah bergambar sakan. Sangat2 cantik!!!! Setiba di chalet yang bernama The Reef, check in dulu sebelum keluar mencari makan. Alhamdulillah senang cari makan tetapi di sini sangat2 mahal okay! Dan yang paling best adalah tiada laluan darat, nak ke pantai-pantai lain, bergerak menggunakan taxi boat.
Aktiviti pada hari ini adalah santai2 sahaja. Berjalan di pantai, main2 sopan air laut, bergambar. Antara gambar2 di Pulau Perhentian pada hari pertama
Hari kedua iaitu 8 Jun 2014, pagi2 pergi snorkeling. Pergi ke kawasan Coral Bay, Turtle Point, Shart Point, Colourful Fish. Aktiviti yang best sebab dapat tengok kehidupan laut terutama dapat tengok penyu berenang2 di bawah kaki je. Umpama tengah berenang bersama penyu. Best sgt2...
Petang nya pergi melawat Kincir Angin yang terletak di tengah2 bukit di Pulau Perhentian. Kepenatan menaiki tangga yang tinggi jugak. Tetapi bila sampai di pucak bukit itu, keindahan terasa. Boleh melihat permandangan yang sangat cantik
Hari ketiga 9 Jun 2014 adalah hari terakhir di Pulau Perhentian. Dalam tgh hari check out naik boat pulang ke Jetty Kuala Besut. Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, sempat juga singgah di Kuala Terengganu untuk melawat Masjid Kristal
Selepas ini, terus naik bas pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan bagi aku, kepuasan, dan bebas dari segala2 masalah.