Muhammad Azam

About Me

Tuesday 10 June 2014

Jun : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Terengganu

Pada 6 Jun 2014 bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut, Terengganu dalam pukul 6.00 petang. Sampai di Kuala Besut dalam pukul 7.00 pagi pada 7 Jun 2014. Ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di bumi Terengganu. Breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan.

Dalam pukul 10.00 pagi, menaiki boat dari Jetty Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian. Yeah!!! Kali ini pergi ke Pulau Perhentian. Hitamkan dirilah kita.
Mengambil masa dalam 35 minit perjalanan dalam boat ke Pulau Perhentian. Sampai je sana aku kagum dan terpesona melihat keindahan alam semula jadi. Air laut yang jernih, tenang dan rasa bebas. Inilah yang aku mahukan.
Tak sempat check in lagi dah bergambar sakan. Sangat2 cantik!!!! Setiba di chalet yang bernama The Reef, check in dulu sebelum keluar mencari makan. Alhamdulillah senang cari makan tetapi di sini sangat2 mahal okay! Dan yang paling best adalah tiada laluan darat, nak ke pantai-pantai lain, bergerak menggunakan taxi boat.
Aktiviti pada hari ini adalah santai2 sahaja. Berjalan di pantai, main2 sopan air laut, bergambar. Antara gambar2 di Pulau Perhentian pada hari pertama
Hari kedua iaitu 8 Jun 2014, pagi2 pergi snorkeling. Pergi ke kawasan Coral Bay, Turtle Point, Shart Point, Colourful Fish. Aktiviti yang best sebab dapat tengok kehidupan laut terutama dapat tengok penyu berenang2 di bawah kaki je. Umpama tengah berenang bersama penyu. Best sgt2...
Petang nya pergi melawat Kincir Angin yang terletak di tengah2 bukit di Pulau Perhentian. Kepenatan menaiki tangga yang tinggi jugak. Tetapi bila sampai di pucak bukit itu, keindahan terasa. Boleh melihat permandangan yang sangat cantik
Hari ketiga 9 Jun 2014 adalah hari terakhir di Pulau Perhentian. Dalam tgh hari check out naik boat pulang ke Jetty Kuala Besut. Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, sempat juga singgah di Kuala Terengganu untuk melawat Masjid Kristal
Selepas ini, terus naik bas pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan bagi aku, kepuasan, dan bebas dari segala2 masalah.

No comments:

Post a Comment