Muhammad Azam

About Me

Saturday 21 September 2013

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza eksklusif bersama Orkestra Tradisional Malaysia telah berlangsung pada 20-22 & 24 September 2013 di Panggung Sari, Istana Budaya. Ini merupakan konsert tradisional daripada lagu lama dan baru pelbagai irama yang didendangkan seperti joget, asli, inang, samrah, masri, keroncong, dikir, mak yong dan banyak lagi
Saya melihat konsert ini pada hari Sabtu (21 September) bersama rakan2 dan yang paling penting ramai penyokong Siti (Sitizoners) turut hadir pada malam ini. Meriah dengan gelagat penyokong setia beliau.
Lagu pembukaan yang disampaikan Dato' Siti Nurhaliza adalah Nirmala & Kurik Kundi diserikan lagi dengan penari2 kebudayaan.

Selain lagu itu, terdapat lagu2 popular dinyanyikan dalam medley dan muzikal seperti Mahligai Permata, Patah Hati, Janji, Masri Manis, Sulam Sembilan, Joget Pahang, Bulan Yang Mesra, Hati Kama dan banyak lagi. Segmen muzikal paling best part munculnya pelakon empat dara yang kelakar dengan badan debunya apabila lagu Empat Dara dinyanyikan oleh Dato' Siti.

Selepas itu, Istana Budaya gamat sementara Dato' Siti tukar pakaian apabila penyanyi lama iaitu Dato' M. Daud Kilau dengan lagunya Cek Mek Molek membuat persembahan dengan salinan yang dipakai 8 helai baju bertukar2 waktu beliau menyanyi. Mereka berduet dengan lagu Laksamana Raja Di Laut yang sangat sedap alunan lagu ini.

Dato' Siti meneruskan lagi persembahan dengan lagu Ketawa Lagi yang membuatkan riuh rendah Panggung Sari dengan menampilkan pelakon kampung yang kelakar dan menghiburkan.

Seterusnya Dato' Siti memukaukan para penonton termasuk saya sendiri dengan lagu Bahtera Merdeka & Biarlah Rahsia yang diubah ke rentak tradisional sedikit. Dengan alunan suara lantangnya menambahkan lagi lagu itu sangat menusuk kalbu.

Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) muncul untuk bergabung dengan lagu Damak yang merupakan lagu asli lama. Dan tak lengkap apabila Dato' Siti tidak menyanyikan lagu2 yang pernah menaikkan nama beliau terutama lagu daripada ciptaan Pak Ngah dengan medley iaitu lagu Balqis & Ya Maulai dan seterusnya lagu Cindai.

Penutup pada malam itu Dato' Siti menyanyikan lagu baru yang pernah dijadikan lagu tema SUKMA di Pahang yang mengambil judul loghat Pahang iaitu Popaleh Weh

No comments:

Post a Comment