Muhammad Azam

About Me

Monday, 27 February 2012

Cameron Highlands

25 Februari 2012 (Sabtu) - Perjalanan ku pada pukul 9 pagi bergerak dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands bersama teman rapat, Kamal. Singgah di Perhentian R&R Tapah. Mengambil masa dalam 2 Jam 30 Minit sampai di puncak. Walaupun tidaklah sejuk sangat, namun sangat nyaman dan tenang berada jauh di pusat bandar. Alhamdulillah, aku bersyukur berada di situ melihat keindahan alam.
Sampai di sana terus mencari tempat menginap. Selesai mencari tempat menginap, kami mencari makan utk lunch iaitu KFC. Jalan2 pergi kebun kaktus, strawberry, bunga..
Malamnya kami dinner makan Western Food + ice cream strawberry. Sedap sgt. Selepas 2, Dating di area Tanah Rata. Waktu malam sangat la sejuk. Mengigil2 rasanya.


26 Februari 2012 (Ahad) - Bgn lambat..!! Aaarrgghh.. Rugi masa bercuti ku. Namun sempatlah borong sakan beli bunga, strawberry, kaktus, sayur, dan macam2 lagi. Singgah di ladang Teh Boh sangat lah cantik.. Pulang ke Seremban dulu hantar Kamal dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, percutian yg bermakna bagi aku

                                          bersama Kamal di taman bunga.

Tuesday, 24 January 2012

Happy Chinese New Year

Tahun nie tahun naga. Selamat Tahun Baru Cina di ucapkan kepada semua kaum cina dan rakyat Malaysia semua. Cuti2 nie ingatlah org tersyg. Berjaga2 di jalan raya k.

Tuesday, 17 January 2012

Kursus Induksi ETS 16 Jan - 9 Mac 2012

Alhamdulillah.. Aku dapat kerja baru di Electric Train Service (ETS) bawah Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tapi skrg aku tgh kursus Induksi ETS di Batu Gajah, Perak hampir sebulan lebih.


Wednesday, 11 January 2012

Pertemuan Perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Andai sudah tiba masanya berpisah jua. Sama ada masa yang akan memisahkan kita atau pun maut.. Kita pasti akan berpisah..
Dan aku juga melaluinya. Amat perit apabila berpisah. Namun, aku tetap tabahkan diri demi masa depan aku dan kerjaya aku.

Cuma di ingatkan sekiranya pasangan apa sekali pun, kalau dah berpisah tu, hadapilah dengan tenang. Sapa yang nak berpisah kan? Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Banyak kan berdoa pada Allah, permudahkan perjalanan kita.

Namun disebalik perpisahan yang aku hadapi, aku dipertemukan dengan orang yang mampu membuatkan aku bahagia. Allah Maha Esa. Itu la takdir yang telah tertulis bagiku.

Sunday, 1 January 2012

Happy New Year 2012

Happy New Year to all of you. Semoga tahun 2012 ini memberi 1001 kejayaan dan kebaikan yang berlibat ganda pada sebelum2 ini. 
Tanam AZAM anda dengan sebaik2nya untuk tahun 2012 nie k. 
Famous nama aku bila tahun baru. (Perasan jap)




Monday, 26 December 2011

Melaka (Bandar Bersejarah)

Sepanjang 2 Hari aku bersama seorang teman, Fuad, di Melaka sangat2 la best. Tak sangka Melaka adalah satu tempat percutian yang menyeronokkan. Mula2 dalam pikiran aku selalu berkata Melaka tiada apa2 yang menarik dan hanya ingat tempat bersejarah sahaja.



Tetapi tempat bersejarah inilah yang mempunyai seribu satu keunikan yang ada di Melaka dan tiada terdapat di tempat lain. Contohnya Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, A Famosa, Beca Warna Warni, Pantai Klebang, Masjid Selat (Atas Laut Selat Melaka) dan macam2 lagi.

Monday, 12 December 2011

Patah Seribu by Shila Amzah

Patah Seribu by Shila Amzah . Luv it <3 . Good job shila coz anda the best and video clip nie mmg terbaik. Lagu pun sangat2 sedap. Jarang aku menyukai artis lain selain Siti Nurhaliza. wakakakaka.~~

Aku tujukan khas buat anda semua. 
Thank kepada sesiapa yang mengikuti my blog. Luv u guys n Shila Amzah