Muhammad Azam

About Me

Saturday, 10 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Andai ada yg menguris perasaan walaupun dengan kata2 dalam blog nie, mohon dimaafkan la k.

Pada hari raya pertama, saya beraya di kampung saya iaitu di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Tema kali ini adalah biru. Im blue. Hahahaa.
Pagi2 lagi dah bersiap2 dengan baju melayu biru pergi masjid bersembahyang raya. Selepas itu, pergi ke kubur meziarahi puara arwah ibu ku. Sudah 3 tahun pemergian ibunda tercinta. Hati terlalu rindu pada nya. Walaupun beliau sudah jauh, namun terasa dekat di hati seperti beliau sentiasa ada dekat.
Selepas itu semua, kami sekelurga bersama sepupu, sedara bagai, pergi beraya. Melawat sanak saudara yg jauh2 dan lama tidak ketemu 
bersama kakak ku
Pabila melawat sanak saudara semua, terkejut juga bila bertemu anak sedara aku nie. Dulu jumpa masih bayi lagi. Sekarang jumpa balik dah besar panjang budak nie. Cepat benar masa berlalu.
 Hari kedua raya tidak ke mana sangat sebab kena kerja sudah. Apa2 pun dapat juga pergi kerja pakai baju melayu. Hari kedua aku pakai baju melayu warna silver.
 Hari ketiga raya pakai baju biasa warna kuning. Pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu sedara aku, Yan di Bayan Lepas. Jalan sangat la sesak di Highway. Alahai. Ramai betul orang berjalan. Penat habiskan masa di dalam kereta je.

Friday, 26 July 2013

Buka Puasa

Berbuka puasa di Red Box Ria bersama rakan kerja. Ini pun juga sempena Excutive Customer Service, Sarah mahu berhenti kerja sebab dapat kerja lain. Sangat happening bersama mereka semua
 

Sunday, 7 July 2013

Siti Nurhaliza In Symphony Live With The Malaysian Philharmonic Orchestra

5hb, 6hb & 7hb Julai, Dato' Siti Nurhaliza telah mencipta satu lagi sejarah baru apabila telah membuat konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas bersama iringan muzik orchestra.
Tetapi aku pergi hanya 1 hari sahaja iaitu hari terakhir. 07 Julai 2013. Hari Ahad. Sebab bagi aku mungkin hari terakhir adalah hari yang sudah serasi untuk Dato' Siti Nurhaliza buat persembahan.
Dalam dewan nie x boleh nak ambil gambar or rakam. Nnti kena suluh leser hijau. Kene tangkap payah. Hahaha. So, ini je dapat ambil gambar. Waktu ini Siti belum keluar lagi. Dan di sini lah aku duduk.

Apa yang boleh dikatakan pada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada kali ini adalah yang terbaik. Lain daripada lain sebab dengan iringan orchestra dan sgt menguji vokal Siti Nurhaliza. Sangat jelas & meremang semua bulu dengar vokal nya lebih2 part nada tinggi. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Kau Kekasihku, Biarlah Rahsia, Di Taman Teman, Seindah Biasa, Cindai, Purnama Merindu, Lebih Indah, Muara Hati. Medley slow plak lagu Jerat Percintaan, Bukan Cinta Biasa, Diari Hatimu & Percayalah. Lagu medley rancak adalah Ku Mahu, Balqis & Ya Maulai

Di luar dewan, bertemu kawan2 & ahli2 Sitizoners. Ke mana sahaja show Dato' Siti, mereka ada. Aku pun kadang2 terlibat. Tapi tak ada la macam mereka yang  setiap masa mengikuti perkembangan Dato' Siti. Kagum dengan mereka.

 Dayang Nurfaizah pun turut hadir menyaksikan konsert Siti Nurhaliza. Sangat manis dia.

 Dan ini pula adalah designer yang telah membuat baju Dato' Siti Nurhaliza pada malam itu sangat cantik. Rizman Ruzaini

Ini pula merupakan orang2 yang sangat rapat dengan Dato' Siti Nurhaliza
Datuk Khalid, suami Dato' Siti Nurhaliza
Kak Rozie, kakak ipar & pengurus Dato' Siti Nurhaliza
Adik & Abg Dato' Siti Nurhaliza, Hafiz & Ayie

Kakak Dato' Siti Nurhaliza, Saida







 Akhir sekali aku kesempatan jugak bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza. Sangat cantik. Dan ini merupakan kali pertama aku ambil gambar berdua dengan Dato' Siti Nurhaliza. Betapa teruja dan happy nya aku time ini. Dup dap dup dap gak bila dapat dekat dengan Dato' Siti Nurhaliza

Monday, 1 July 2013

Puding Oreo Bercoklat

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian 
  2. Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  3. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  4. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  5. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras
  6. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  7. Selamat mencuba.

Saturday, 8 June 2013

KIL

 

Sebuah filem yang sangat bagus ditonton. Bagi aku inilah antara filem melayu yang mempunyai jalan cerita yang baik, mutu & berkualiti.

KIL. Pelakon utama yang membintangi cerita ini adalah Redza Minhat dan Cristina Suzanne. (aku pun x kenal siapa mereka) Hahaha. Apa2 pun good job untuk mereka yang sangat berkualiti dalam lakonan mereka walaupun masih baru.


Saturday, 1 June 2013

Laksa Pulut Bersama Telur Goreng

Saat2 bercuti di kampung aku iaitu di Kuala Kangsar, inilah pertama kali aku makan laksa pulut dengan telur goreng. Selalu nya makan laksa dengan telur rebus je.

Apa2 pun Kuala Kangsar memang terkenal dengan Laksa Kuala. Rugi kalau x rasa laksa yang terdapat di sini.
Nampak sedap kan?? Huhuhu

Thursday, 23 May 2013

Day 4 : Krabi, Thailand

23 Mei 2013
- Sudahlah tamat percutian aku di sini. Pagi2 terus bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sangat best di sini. Inilah percutian yang bermakna bagiku.
Terima kasih orang2 Thailand yang sangat baik dan peramah. Krabi sebuah tempat yang sesuai untuk tenangkan jiwa. Pasti akan ingat dalam ingatan sampai bila2. I Love Krabi.

Sempat lagi shopping untuk kawan2