Muhammad Azam

About Me

Tuesday, 4 March 2014

Mac : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Kedah/Perlis

1 Mac - Menaiki train dari KL Sentral ke Arau.Setiba di Arau, berjalan2 dulu di area Arau. First time jejak kaki di Perlis nie. Pergi ke Gua Cenderawasih
Seterusnya meneruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi, Kedah
 Check in hotel, sewa kereta semua dah selesai, terus keluar berjalan2 di area Langkawi. First pergi adalah 'sembah' dulu Mahsuri.. Hahaha. gurau je. Pergi ke Makam Mahsuri
 Lepas itu, pergi ke Dataran Lang, Kuah
Pantai Cenang
2 Mac - Setengah hari pergi Tasik Dayang Bunting
 Petangnya pergi ke Telaga Harbour Park
Cabel Car Langkawi
 Pantai Pasir Hitam
3 Mac - Check out. Mahu tinggalkan Langkawi. Naik ferry dari Kuah ke Kuala Perlis
Sampai sahaja di Kuala Perlis, pergi ke Padang Besar. Banyak barang murah2 di sini.
Seterusnya pergi ke Tasik Tasoh, Kangar, Perlis. Cantik tempat di sini
 Malam plak berjalan2 di Alor Setar, Kedah
4 Mac - Pagi2 pulang ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang Air Asia Alor Setar - Kuala Lumpur. Percutian yang sangat best dan padat untuk aku bercuti 2 negeri

Saturday, 15 February 2014

Selamat Pengantin Baru Shasha & Hairil

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kawan sekolah menengah aku dulu, Shasha dan pasangannya Hairil. Tahniah atas perkahwinan ini
Terjumpa balik kawan2 sekolah lama dulu. Alahai, rindunya pada mereka semua.

Saturday, 8 February 2014

Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC - Where The Heart Is

Bermula pukul 8.45 malam bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) mulanya Konsert Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC - Where The Heart Is

Bersama kawan rapat Fizi & Azhar untuk menyaksikan konsert ini. 
inilah kawan aku Fizi & Azhar
Antara peminat Siti Nurhaliza & Aku.. Haha
Sangat terhibur menyaksikan persembahan dari Dato' Siti Nurhaliza. Of coz la kan vocal dia memang tiada siapa boleh menafikan tidak sedap. Kena terima hakikat semua itu. Dan sangat best apabila konsert kali ini lain sikit sebab beliau banyak nyanyikan lagu2 popular beliau dari awal pembabitannya sampai lah sekarang.

Antara lagu yang beliau nyanyi secara full dan medley adalah Jerat Percintaan, Kesilapanku Keegoanmu, Mawarku, Kau Kekasihku, Biarlah Rahsia, Lebih Indah dan banyak lagi. Good job Dato' Siti Nurhaliza. Love you. 
 
Antara my fav song yang Siti sampaikan, Kesilapanku, Keegoanmu *nostalgia sgt bila Siti nyanyi. Xpernah dgr Siti nyanyi live lagu nie






Budak Kuantan, Shidie pun gigih datang tgk konsert




Wednesday, 5 February 2014

Ferbruari : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Negeri Sembilan

Pergi Port Dickson bersama rakan kerja. Sekali skala habiskan masa bersama di luar waktu kerja dengan rakan kerja, syok juga. Xde la tengok muka rakan kerja kat tempat kerja je. Haha

Bertolak pagi buta dalam pukul 6.30 pagi. Singgah breakfast di R&R Seremban dulu isi perut
Tiba di Port Dickson sewa khemah, buat BBQ, mandi manda, main belon, main spray, main lompat, main peluk2 (eh!). Memang happening. Sampai lah ke petang bermandi, Naik dari laut je, semua hitam. Elok siot tgk kulit sendiri! Haha

Petangnya pulang ke Kuala Lumpur. Semua keletihan dan aku yang kena drive, semua tidur berdengkur. Elok sgt! No hal, demi kawan2. 


Monday, 13 January 2014

Januari : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Melaka

Seharian berjalan2 di Melaka hanya semata2 untuk merasa makanan yang menarik di Melaka. Di samping itu, berjalan di tempat2 menarik di Melaka. Memang Melaka adalah satu tempat yang tidak bosan kalau pergi banyak kali.
 Naik kereta dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa 2 jam.
 Antara tempat menarik yang pergi adalah A'Farmosa, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Pantai Klebang dan banyak lagi. Dan makan makanan yang menarik di Melaka. Hampir kembung juga perut makan sahaja. Hahaha

1. Asam pedas & Air tebu kaw Bukit Katil.
2. Cendol Ice Cream Jam Besar.
3. Coconut Milk Shake Klebang.
4. Roti Naan Cheese & Ayam Tandoori Kota Laksamana.
5. Yong Taw Foo Pokok Mangga.