Muhammad Azam

About Me

Saturday, 15 February 2014

Selamat Pengantin Baru Shasha & Hairil

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kawan sekolah menengah aku dulu, Shasha dan pasangannya Hairil. Tahniah atas perkahwinan ini
Terjumpa balik kawan2 sekolah lama dulu. Alahai, rindunya pada mereka semua.

Saturday, 8 February 2014

Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC - Where The Heart Is

Bermula pukul 8.45 malam bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) mulanya Konsert Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC - Where The Heart Is

Bersama kawan rapat Fizi & Azhar untuk menyaksikan konsert ini. 
inilah kawan aku Fizi & Azhar
Antara peminat Siti Nurhaliza & Aku.. Haha
Sangat terhibur menyaksikan persembahan dari Dato' Siti Nurhaliza. Of coz la kan vocal dia memang tiada siapa boleh menafikan tidak sedap. Kena terima hakikat semua itu. Dan sangat best apabila konsert kali ini lain sikit sebab beliau banyak nyanyikan lagu2 popular beliau dari awal pembabitannya sampai lah sekarang.

Antara lagu yang beliau nyanyi secara full dan medley adalah Jerat Percintaan, Kesilapanku Keegoanmu, Mawarku, Kau Kekasihku, Biarlah Rahsia, Lebih Indah dan banyak lagi. Good job Dato' Siti Nurhaliza. Love you. 
 
Antara my fav song yang Siti sampaikan, Kesilapanku, Keegoanmu *nostalgia sgt bila Siti nyanyi. Xpernah dgr Siti nyanyi live lagu nie






Budak Kuantan, Shidie pun gigih datang tgk konsert




Wednesday, 5 February 2014

Ferbruari : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Negeri Sembilan

Pergi Port Dickson bersama rakan kerja. Sekali skala habiskan masa bersama di luar waktu kerja dengan rakan kerja, syok juga. Xde la tengok muka rakan kerja kat tempat kerja je. Haha

Bertolak pagi buta dalam pukul 6.30 pagi. Singgah breakfast di R&R Seremban dulu isi perut
Tiba di Port Dickson sewa khemah, buat BBQ, mandi manda, main belon, main spray, main lompat, main peluk2 (eh!). Memang happening. Sampai lah ke petang bermandi, Naik dari laut je, semua hitam. Elok siot tgk kulit sendiri! Haha

Petangnya pulang ke Kuala Lumpur. Semua keletihan dan aku yang kena drive, semua tidur berdengkur. Elok sgt! No hal, demi kawan2. 


Monday, 13 January 2014

Januari : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Melaka

Seharian berjalan2 di Melaka hanya semata2 untuk merasa makanan yang menarik di Melaka. Di samping itu, berjalan di tempat2 menarik di Melaka. Memang Melaka adalah satu tempat yang tidak bosan kalau pergi banyak kali.
 Naik kereta dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa 2 jam.
 Antara tempat menarik yang pergi adalah A'Farmosa, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Pantai Klebang dan banyak lagi. Dan makan makanan yang menarik di Melaka. Hampir kembung juga perut makan sahaja. Hahaha

1. Asam pedas & Air tebu kaw Bukit Katil.
2. Cendol Ice Cream Jam Besar.
3. Coconut Milk Shake Klebang.
4. Roti Naan Cheese & Ayam Tandoori Kota Laksamana.
5. Yong Taw Foo Pokok Mangga.

Friday, 3 January 2014

Bangkok

29 Disember - Bertolak dari LCCT menaiki Air Asia AK 1940 pukul 7.10 pagi
 Setiba sahaja di Bangkok dan check in, terus jalan2 di area Bangkok. Tiada beza pun dengan Kuala Lumpur.
Berjalan2 area Bangkok sampailah malam.Pergi Hard Rock Bangkok & Shopping Complex terbesar di Bangkok.

30 Disember - Merasa juga lah naik MRT Bangkok nie

 31 Disember - Pergi Damnoen Saduak Floating Market Bangkok
Malamnya celebrate new year di Bandar Bangkok. Berclubbing la kita.. Hahahha
1 Januari - Pergi ke Chao Phraya River, Grand Palace Crystal Park
 2 Januari - Hari terakhir di Bangkok, so rehat2 kan badan dan jalan light2 sahaja sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Bermesra2 dgn orang Thailand. Mereka memang peramah. Tahu2 je orang Malaysia ramai datang Bangkok