Muhammad Azam

About Me

Wednesday, 15 May 2013

Konsert Rakaman Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza

Dapat tiket free dari seorang kawan untuk pergi ke Konsert Rakaman Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza di Angkasapuri RTM. Dah beraya dah padahal lagi 3 bulan lagi nak raya. Hahaha.

Pada konsert ini juga dapat dengar lagu baru full plak 2 live "Lebih Indah". Pertama kali dengar. Sangat sedap lagu baru itu.
Antara yang hadir pakai baju raya

Nabil sebagai artis jemputan

Friday, 10 May 2013

Happy Birthday untuk dia F***

Hari ini merupakan birthday orang yang istimewa dalam hidup, nama awal F.. Hahaha.. Berahsia sgt kan? Xmo lah kecoh sapakah dia, cukup la boleh bgtau yang dia nie adalah orang tulang belakang aku yang sentiasa bersama dengan aku di saat susah senang.

Aku buat khas tulis blog nie untuk dia sebagai penghargaan kerana sudi hadir dalam hidup aku walaupun pelbagai kerenah aku. Dia tetap sabar. Terima kasih.

Sebagai tanda hargai dia, aku celebrate birthday dia di Restoran Muara di Klang. Makan makanan seafood tepi laut. Indah di malam itu..

Sunday, 5 May 2013

5 Mei 2013 - Pilihan Raya Umum ke 13

Mengundi adalah satu tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia. Sepanjang kempen nie terlalu banyak kutuk sana kutuk sini. Tapi yang pasti pilihan semua di tangan kita. Undilah pemimpin yang baik & buat kerja.

Aku mengundi di kawasan P199 Parlimen Titiwangsa di Sekolah Chong Hwa, Jalan Damai.
Siapakah yang aku undi? Biarlah rahsia. Hehehe... Kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya. Yang penting terima dengan hati yang terbuka siapa pun yang menang.

Ini merupakan kali pertama aku mengundi. Agak kekok dan blur bila masuk di kawasan mengundi. Haha. Apa2 pun pengalaman pertama bagi aku.

Friday, 12 April 2013

Selamat Ulangtahun Ayah yang ke - 59

Hari ini merupakan hari jadi ayah aku yang ke 59.. Semoga ayah aku dipanjangkan usia dan murah rezeki kami sekeluarga

Pada waktu ini juga, keluarga aku bersama saudara celebrate birthday ayah di rumah. Makan besar, KFC, Dominos, Kek Kings dan lain2.. Hik3..

Ada pic makanan je.. Hahaha.. Jemput!

Sunday, 7 April 2013

Sepetang Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Hari nie ada minum petang bersama penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza di Dewan Centrum Setiawangsa bagi meraikan ulangtahun ke-18 dalam industri muzik 1996-2013

Dato' Siti Nurhaliza tampil dengan busana hitam serta oren menampakkannya sangat cantik walaupun ringkas.
Antara gambar2 yang sempat di ambil :-


Di majlis ini hidangan yang disediakan adalah nasi minyak ayam goreng. Tengah2 sedap makan sambil melihat Siti di atas pentas..
Pada majlis ini juga ada membuat games untuk para yang hadir. Tak sangka aku boleh menang. Haha. Dapatlah hadiah daripada Siti.
 
Bersama Iqbal ketika majlis ini berlangsung

Sunday, 17 March 2013

Matta Fair (15 Mac - 17 Mac 2013)

Matta Fair kali ini banyak tawaran percutian yang murah2 dari dalam negara hinggalah ke luar negara. Semua nak, tapi tak semua boleh dapat.

Sebelum ini pada tahun2 lepas, aku sudah memilih pergi Langkawi, Singapore.. Kali ini aku memilih untuk pergi jauh sikit. Luar negara. Di manakah? Tunggu bulan Mei nanti aku akan travel ke sana melalui pakej yang aku ambil ini.. :D

Sangat berpuas hati dengan harga di tawarkan sekali dengan pelbagai pakej. Sape2 yang tak pergi tu memang rugi. Bukan mudah nak dapat pakej murah2. Ape2 pun aku dah booking, tunggu sahaja masanya..


Tuesday, 12 March 2013

12 Mac 2013 - 2nd Anniversary with my love

Genap sudah 2 tahun percintaan aku dengan dia. Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan dari manis hinggalah pahit. Kalau mahu diceritakan dari awal bercinta sampai sekarang, memang tak cukup satu hari. Hahaha.. Apa2 pun I Love You.. Sapakah dia? Jeng...Jeng...~ Shhh.. Rahsia.. :D

Celebrate di Restoran Terapung Tasik Idaman, Bangi dengan permandangan tasik yang indah. Diserikan lagi makanan seafood, kek & cupcake sempena 2 tahun bercinta.