Muhammad Azam

About Me

Sunday, 7 April 2013

Sepetang Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Hari nie ada minum petang bersama penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza di Dewan Centrum Setiawangsa bagi meraikan ulangtahun ke-18 dalam industri muzik 1996-2013

Dato' Siti Nurhaliza tampil dengan busana hitam serta oren menampakkannya sangat cantik walaupun ringkas.
Antara gambar2 yang sempat di ambil :-


Di majlis ini hidangan yang disediakan adalah nasi minyak ayam goreng. Tengah2 sedap makan sambil melihat Siti di atas pentas..
Pada majlis ini juga ada membuat games untuk para yang hadir. Tak sangka aku boleh menang. Haha. Dapatlah hadiah daripada Siti.
 
Bersama Iqbal ketika majlis ini berlangsung

Sunday, 17 March 2013

Matta Fair (15 Mac - 17 Mac 2013)

Matta Fair kali ini banyak tawaran percutian yang murah2 dari dalam negara hinggalah ke luar negara. Semua nak, tapi tak semua boleh dapat.

Sebelum ini pada tahun2 lepas, aku sudah memilih pergi Langkawi, Singapore.. Kali ini aku memilih untuk pergi jauh sikit. Luar negara. Di manakah? Tunggu bulan Mei nanti aku akan travel ke sana melalui pakej yang aku ambil ini.. :D

Sangat berpuas hati dengan harga di tawarkan sekali dengan pelbagai pakej. Sape2 yang tak pergi tu memang rugi. Bukan mudah nak dapat pakej murah2. Ape2 pun aku dah booking, tunggu sahaja masanya..


Tuesday, 12 March 2013

12 Mac 2013 - 2nd Anniversary with my love

Genap sudah 2 tahun percintaan aku dengan dia. Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan dari manis hinggalah pahit. Kalau mahu diceritakan dari awal bercinta sampai sekarang, memang tak cukup satu hari. Hahaha.. Apa2 pun I Love You.. Sapakah dia? Jeng...Jeng...~ Shhh.. Rahsia.. :D

Celebrate di Restoran Terapung Tasik Idaman, Bangi dengan permandangan tasik yang indah. Diserikan lagi makanan seafood, kek & cupcake sempena 2 tahun bercinta.

Thursday, 28 February 2013

My Gadget.. Love it so much

My Blackberry Curve... 2 tahun lebih mengunakan walaupun kdg2 mcm2 ragam. Masuk air la, keypad rosak r. Tetap sayang "dia". Nak bbm pin x?? Hahaaha...


Alhamdulillah, hari ini dapat 'baby' baru.. Kawan baru untuk my blackberry.
Samsung Galaxy S3

Sunday, 17 February 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi sebab kerajaan sudi membantu rakyat seperti aku dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Keluarga aku dapat RM500 dan aku yang bujang nie, dapat RM250. Ringan sikit beban.

Terima kasih Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah membantu aku dan keluarga aku.
Harap rakyat semua nampak lah apa yang PM kita telah lakukan kepada rakyat. Bermacam2 PM kita telah membantu rakyat dari segi pengangkutan, pembelian, struktur, dan sebagainya. I LOVE PM

Saturday, 16 February 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad - Muzik, Cinta & Sanubari

"Anuar Zain", satu nama yang tidak asing dalam industri seni tanah air. Setelah menceburi bidang seni selama 30 tahun, dia telah menjanjikan satu konsert mega untuk para peminat yang sentiasa menyokong karier seni dia.
 perjalanan pergi ke konsert

Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert Anuar Zain berlangsungnya tepat pada pukul 9.00 malam dengan slogan Muzik, Cinta & Sanubari. Thank you kepada abang saya, Kroll yang sudi blanja tiket konsert.
sebelum bermulanya konsert


Konsert tersebut sangat best, gempak, wow... Tidak ku sangka Anuar Zain boleh buat konsert segempak itu. Tak terkata. Aku tergamam mendengar kelantangan, kemerduan vokal yang dilontarkan. Sangat meremang bulu bila vokal tinggi dia.
Sangat berpuas hati dengan konsert yang dia lakukan.

sempat bergambar dulu di luar stadium sebelum pulang

Sunday, 6 January 2013

Anugerah Juara Lagu ke 27

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) tepat pada pukul 9.00 malam.


Antara lagu-lagu yang bertanding di AJL 27 ialah :-

1. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
2. Patah Seribu - Shila Amzah
3. Simetri - Amy Search & Hazama
4. Idola - Azlan The Typewriter
5. Pelangi Senja - Stacy
6. Lagu - Bedroom Sanctuary
7. Tanpamu - Amir Jauhari
8. Teman Penganti - Black feat. RJ
9. Terukir di Bintang - Aizat Amdan
10. Ku Akui - Hafiz
11. Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
12. Anak Kampung - Jimmy Palikat feat. One Nation Emcee

Pemenang AJL 27 :-

Juara Lagu : Terukir Di Bintang - Aizat Amdan
Tempat Kedua : Idola - Azlan The Typewriter
Tempat Ketiga : Ku Akui - Hafiz
Vokal Terbaik : Ku Akui - Hafiz
Persembahan Terbaik : Teman Penganti - Black feat. RJ


Sekitar majlis Anugerah Juara Lagu ke 27
 
 Bersama rakan2 yang hadir sama menyaksikan AJL 27
Bersama Zackuan sebelom masuk Stadium Putra