Muhammad Azam

About Me

Thursday, 22 November 2012

Rintihan Dari Aku

Lumrah kehidupan apabila kita berada di tahap kebahagiaan dan keselesaan, pelbagai dugaan menimpa. Aku pun tidak lari dari situasi sebegini. Berdiam diri? Mungkin itu yg terbaik bagi semua pihak supaya tidak menimbulkan pelbagai reaksi daripada sekeliling

Aku tak dapat nafikan bahawa aku berada di jalan yang tidak benar. Namun, aku tidak lupa tanggungjawab aku lagi pada Yang Maha Esa. Sesetengah manusia mudah menghukum seseorang apabila melihat kejahatan orang lain. Tetapi tidak pernah ingin memuji melihat kebaikan orang tersebut.

Difitnah bermacam2 hanya melihat satu kesilapan yang aku lakukan. Hmmm.. Kadang2 aku "fed up", rimas, kecewa, sedih dan macam2 lagi perasaan timbul. Ada tangisan pun tiada siapa boleh memahami isi hati aku. Namun, aku tetap tabahkan diri untuk tidak mematahkan semangat aku dan orang2 sekeliling aku yg menyayangi ku.

Bukan mudah bagi aku untuk melalui pelbagai fitnah, hasutan, maki daripada orang yg dari mana asal usul tanpa mengenali aku siapa. Ya Allah, dugaan yang sangat mencabar. Aku redha semua yg tertulis untuk aku. Mungkin ini caranya untuk aku menebus segala dosa aku padaNya.

Hanya Allah yang sentiasa memahami apa yang aku rasa. Hmmm.. Maaf, aku sangat2 kecewa pada sikap orang itu. Aku.... hmmm.. sudah tak mampu nk berkata apa2.

Wasalam..

                                                         - Rintihan seorang yang mahu dimengerti-

Friday, 9 November 2012

Concert Dato' Siti Nurhaliza Live in Kuantan


Drive menuju ke Kuantan mengambil masa dalam 2 jam untuk menyaksikan Concert Dato' Siti Nurhaliza live in Kuantan pada pukul 8.00 malam di Bukit Gambang Resort City.

Sebelum itu sempat lagi jalan2 di Bandar Kuantan - Teluk Cempedak.. Inilah kali pertama kaki aku merasai Laut China Selatan. Huhu.. Sgt cantik permandangan di sini.

Sekitar di Konsert yang berlangsung pada malam tersebut
Setelah selesai konsert itu, terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur walaupun dah pukul 12 tgh malam.. Penat tapi berbaloi.

p/s :  Last sekali, dengarlah lagu Muara Hati nyanyian solo Dato' Siti Nurhaliza

Monday, 15 October 2012

Legoland Malaysia

Pagi2 dalam pukul 10 pagi sudah terpacak kat depan pintu masuk Legoland Malaysia. Excited punya pasal nk pergi tempat ini. Ini juga merupakan salah satu hadiah percutian aku sempena Hari Lahir aku. Thank pada dia.

Apabila menjejaki kaki di kawasan Legoland Malaysia ini, terasa "ada apa kat sini??, mcm pandang kosong ke.." Hahaha.. Iye, mmg baru siap dan tanah masih merah lagi. Banyak lagi projek senang naik di kawasan itu.
Antara yang berada apabila memasuki Legoland
 
 Semua ini ada di MINILAND. Banyak bangunan mercu tanda yang terdapat di Malaysia, Singapore, Indonesia, Myanmar, China dan lain2 negara diperbuat daripada lego.

Permainan aktiviti dalam Legoland pun best
 

Kagum tgk semua tempat diperbuat daripada lego.. Klu aku buat lego rumah kecik pun, jadi bukit je. hahaa. Ape pun mmg best dan enjoy bile berada di ini.. Penat 1 hari berbaloi.

Sunday, 14 October 2012

14 October - Happy Birthday To Me

SINGAPORE - Itu lah destinasi aku pergi pada waktu birthday aku.. Ini merupakan kali ke 3 aku menjejaki ke Singapore hanya untuk tahun ini sahaja. Hahaha..

Tempat yang dikunjungi ketika di Singapore adalah Sentosa Island. Sangat cantik dan menarik tempat ini. Banyak aktiviti boleh dilakukan disini.

Saturday, 22 September 2012

Pencarian Hero Remaja 2011/2012

Berlangsung di Wisma MCA pada pukul 1.00 petang. Seramai 23 finalis Hero Remaja berentap untuk merebut gelaran Hero Remaja 2011/2012.

Keputusan :

 Juara Hero Remaja                -   Abdul Fattah Bin Mohd Amin
 Naib Juara Hero Remaja       -  Mohd Syafiq Shamim Bin Abdul Razak
 Tempat ketiga Hero Remaja  -  Mohd Shahrul Ridzwan Bin Hashim
 Hero Macho                           -  Mohamad Nazrief  Bin Mohamad Nazri
 Hero Favourite Pembaca       -  Azfar Zulhakim Bin Azland

 Abdul Fattah - Juara Hero Remaja bersama hadiah motosikal

 Syafiq Kyle - Naib Juara Hero Remaja

 Sempat bergambar dgn Juara Hero Remaja - Abdul Fattah

  
Antara salah seorang finalis Hero Remaja - Amri Azri Zulkifli


 Inilah senarai kesemua 23 finalis Hero Remaja setelah selesai majlis pencarian Hero Remaja

Friday, 31 August 2012

Hari Kemerdekaan ke 55


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55.. I Love Malaysia..!!

Terima kasih kepada bekas Perdana Menteri dan Perdana Menteri skrg sbb byk berjasa pada negara yg sentiasa aman dan tenteram.. Hidup Najib!!!! Hehehee



Sunday, 19 August 2012

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin kalau sepanjang blog nie ade yg terguris perasaan sapa2 yg membacanya k.. Saya pun hanya manusia biasa yg x lari dari kesilapan..

p/s : Duit Raya pliz... Hahahaa


Pic Raya khas bukan followers blog saya.