26/05/2012 (Sabtu) - Balik kerja terus bertolak ke Johor Bahru dalam pukul 6.00 ptg. Rehat sebentar untuk makan malam di KFC Restoran Jejantas Ayer Keroh. Sampai di Johor Bahru dalam pukul 11.00 mlm. Selepas 2, lepak sekejap di Uptown Pandan City, Johor Bahru sambil minum2.
Balik rumah kat Masai setelah penat drive dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dalam pukul 12.30mlm.
27/05/2012 (Ahad) - Berjalan2 di Kota Johor Bahru.
Pendapat aku tentang filem Avengers adalah Awesome...!!!!! Sgt best... Aksi2 yang dilakukan Superhero2 iaitu Captain America, Ironman, Thor & Hulk sangat2 gempak!
Aku enjoy sangat bila menonton filem nie. Aku menonton filem ini di GSC Times Square. Bukan satu filem yang remeh dan penuh padat..
Aku bagi 5/5 Bintang untuk Filem Avergers nie... Like!
Cuti..!! Itulah yang dapat diberikan kepada para pekerja. Yang kene bekerja 2 mesti dapat double or triple paid kan? Itulah kelebihan orang bekerja.
Walau apa pun bidang kerja yang anda ceburi, kerjalah dengan ikhlas demi mendapat rezeki yang halal k. Jangan malas2 kerja dan nak dapat gaji buta je. Kerja untuk diri dan keluarga.
Sangat2 terkilan dan kecewa bila melihat sesetengah masyarakat kita terjebat dalam rusuhan Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 yang telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan bertujuan utk hapuskan bayaran pinjaman PTPTN.
Kebanyakkan Orang Melayu. Yang paling ketara golongan muda. Hmmmm.. Sanggup datang dari jauh, merempat tepi jalan sejak hari Jumaat (27/4/2012) lagi.
Di mana keamanan skrg?? Perlu ke rusuhan mcm nie utk menegakkan keadilan atau membangkang kerajaan? Di mana akal fikiran yg dikurniakan terutama golongan mahasiswa sekalian yang belajar ke puncak gading?
-Aku bertanya2 sendiri.
Kat sini aku nk kongsi sedikit artis yang aku kagum. Inilah dia Scha Al Yahya. Masa aku tengah kerja, dapat lah jugak berjumpa dengannya & Awal Ashaari sewaktu mereka tengah buat Photoshoot untuk pre-weeding mereka di Stesen Lama Kuala Lumpur.
Sangat2 lah cantik dan peramah mereka. Mereka memang sesuai r.
p/s : Pic dgn Awal xdpt tangkap coz waktu nie die sedikit bz.. Huhuhu..