Muhammad Azam

About Me

Saturday 26 April 2014

April : Cuti Cuti Malaysia 2014 - Sabah

23 April - Menaiki Air Asia AK 5112 Kuala Lumpur - Kota Kinabalu pukul 12.45 tgh hari. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 minit 
Setiba di Kota Kinabalu kami terus check in penginapan. Ini merupakan pertama kali menjejak kaki di Sabah atau Borneo. Rehat sebentar sebab perjalanan yang jauh.
Pada malamnya bergerak ke Pasar Malam Filipin dan makan seafood di Seafood Restaurant Waterfront.
banyak pilihan di Pasar Filipin nie. Biskut cincin la, amplang, berlian, yang x jumpa pun ada.
 Makanan di sini semua seafood yg besar2. Sedap + manis isi nya. Fresh dari laut. Sambil menikmati permandangan di tepi laut. Makanan pun murah lah juga.

24 April - Pagi2 lagi sudah gerak pergi ke Pulau Manukan. Menaiki bot ke pulau dalam 15 minit sahaja.
 Sangat cantik Pulau Manukan. Air yang jernih boleh nampak ikan berenang2. Pasir yang putih. Permandangan yang sgt cantik. Indah sungguh ciptaan Allah. 
 Berada di Pulau setengah hari, setelah itu selepas lunch, pergi ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Semua benda nak terbalik.. Rumah Terbalik ini juga merupakan Rumah Terbalik pertama di Asia Tenggara.

Selepas 2, mengambil masa 1 jam 30 minit, terus bergerak ke Kundasang. Jalan yang liku2 menaiki kaki2 gunung. Apabila tiba di Kundasang, tempat pertama pergi adalah Desa Cattle Farm. Permandangan sebijik di New Zealand. Cantiknya
 Dan lalu check in di Kundasang selama 2 malam. Sangat sejuk suasana di sini. Mengigil2. Maklumlah berada di kaki Gunung Kinabalu

25 April - Bangun pagi terus nampak Gunung Kinabalu dari penginapan
Terus pergi ke Kolam Air Panas Poring - Tapak Warisan Dunia. Mandi kolam air panas di kawasan sejuk sangat nikmatnya. Selain kolam air panas, terdapat juga taman rama-rama & canopy walk. Kena bayar dalam RM5 untuk masuk ke kawasan itu. Alang2 di sini, terokailah dengan baik. Hehehe

 Selepas mandi dan makan tengah hari, pergi ke Kinabalu Park. Disini permulaan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Teringin nak mendaki tapi perlukan stamina dan masa yang panjang untuk mendaki. Harap dapatlah mendaki nanti. InsyaAllah. Cuaca yang agak sejuk di sini. Pakai sweater untuk panaskan badan. Hehehe

26 April - Sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu. singgah dulu di Pekan Nabalu iaitu tempat untuk permandangan Gunung Kinabalu dan membeli cederamata di sini.

Bertolak ke Kota Kinabalu sempat lagi singgah di Jambatan Tamparuli.

Pukul 3.45 petang menaiki flight Air Asia AK 5113 Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Bye2 Sabah semoga kita berjumpa lagi

No comments:

Post a Comment