Muhammad Azam

About Me

Thursday 22 November 2012

Rintihan Dari Aku

Lumrah kehidupan apabila kita berada di tahap kebahagiaan dan keselesaan, pelbagai dugaan menimpa. Aku pun tidak lari dari situasi sebegini. Berdiam diri? Mungkin itu yg terbaik bagi semua pihak supaya tidak menimbulkan pelbagai reaksi daripada sekeliling

Aku tak dapat nafikan bahawa aku berada di jalan yang tidak benar. Namun, aku tidak lupa tanggungjawab aku lagi pada Yang Maha Esa. Sesetengah manusia mudah menghukum seseorang apabila melihat kejahatan orang lain. Tetapi tidak pernah ingin memuji melihat kebaikan orang tersebut.

Difitnah bermacam2 hanya melihat satu kesilapan yang aku lakukan. Hmmm.. Kadang2 aku "fed up", rimas, kecewa, sedih dan macam2 lagi perasaan timbul. Ada tangisan pun tiada siapa boleh memahami isi hati aku. Namun, aku tetap tabahkan diri untuk tidak mematahkan semangat aku dan orang2 sekeliling aku yg menyayangi ku.

Bukan mudah bagi aku untuk melalui pelbagai fitnah, hasutan, maki daripada orang yg dari mana asal usul tanpa mengenali aku siapa. Ya Allah, dugaan yang sangat mencabar. Aku redha semua yg tertulis untuk aku. Mungkin ini caranya untuk aku menebus segala dosa aku padaNya.

Hanya Allah yang sentiasa memahami apa yang aku rasa. Hmmm.. Maaf, aku sangat2 kecewa pada sikap orang itu. Aku.... hmmm.. sudah tak mampu nk berkata apa2.

Wasalam..

                                                         - Rintihan seorang yang mahu dimengerti-

2 comments:

  1. salam,abg azam, sabar lah..selagi kita ada ALLAH S.W.T kita jangan takut dgn fitnah sebab kita berada di pihak yng benar.saya pun difitnah jgak tanpa usul priksa,,saya hanya diam dan sabar . kita hanya perlu berserah pada ALLAH S.W.T saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Syafiq... Xpe la.. Kadang2 benda mcm nie bole kuatkan diri kita sendiri.. bole matangkan kita utk jadi lebih baik..

      Delete