Muhammad Azam

About Me

Saturday 31 March 2012

Hatiku Tersentuh

5.00ptg -Aku melihat seorang makcik dalam usia 65 tahun yang datang ke kaunter tiket ETS Kuala Lumpur. Dengan berbekalkan duit x seberapa dan kad pengenalan yg lama (kertas) datang hendak membeli tiket ke Tapah Road.

Makcik itu dengan nada yang amat sedih dan perlahan mahu beli tiket ETS ke Tapah Road. Sambil die menunggu train ETS pukul 9 malam, aku dengan tiba2 merasa simpati pada makcik itu dan mahu bertanyakan pada makcik tersebut.  "Makcik sorg je ke?" Makcik menjawab, "ye cu, sorg saja nie. Makcik dah xde sape2.."

Aku hairan dan terus bertanya lagi, "maner yg lain? Anak2 makcik, sedara2 makcik?"
Makcik 2 menjawab bahawa die larikan diri dari rumah anaknya. "Anak2 makcik itu tidak hiraukan makcik lagi. Mereka lebih pentingkan keluarga mereka sendiri dari ibu kandung nie. Kelima2 anak makcik kat KL nie xnk jaga makcik." Makcik itu bercerita sambil menangis.

Makcik itu sambung cerita, "anak makcik xkan cari makcik punya. Makcik dh byk kali dah lari dari umah. Makcik x tahan duk umah 2. Mereka x suka akan makcik. Makcik sediakan makanan, mereka x nk makan. Menantu makcik siap bercakap pada anak makcik, bila nk keluarkan makcik dari umah 2.."

Astaghfirullahalazim.. Sangat kejam... Ade jugak manusia macam 2. Hati ku sangat2 tersentuh. 

Aku bertanya lagi "sape yang akan jemput makcik kat Tapah Road nnti?"

"Mungkin abg sedara makcik akan jemput. Kalau xde, makcik tidur je kat stesen 2 je." Jawab makcik td.
Hah?? Terkejut aku dgr. Makcik nie biar betul. Cian sgt aku tgk makcik nie. Sedih dan rasa nk mengalir air mata bila melihat makcik nie. Hmmm... Xmampu aku nk bercakap ape2 lg.

Sebelum makcik itu naik train pukul 9 malam, aku sempat belikan roti dan minuman utk bekalan makcik dalam train nti. Bila melihat makcik itu, aku rindu sgt pada arwah ibu ku. 
Ya Allah, Kau lindungi makcik itu dan Kau tenangkanlah arwah ibuku.
Semoga orang2 yg derhaka pada ibu kandung itu, dapat kesedaran sebelum terlambat.

p/s : Hargailah ibu selagi ibu masih ade. 

2 comments:

  1. semoga makcik tu selamat smpi ke tmpt yg dituju

    ReplyDelete
  2. baru terbace...sedihnye =( harap2 makcik tue okey =)

    ReplyDelete