Muhammad Azam

About Me

Monday 28 November 2011

Percutian Pulau Pangkor

Percutian di Pulau Pangkor bersama 9 orang kawan2 - Aku, Fuad, Sham, Zack, Hanafi, Hafiz, Zel, Azhar & Jay. Satu percutian yang amat best.

25/11/2011 (Jumaat) ;  Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 5 Petang. Kami masuk Pulau Pangkor secara "haram" pada kul 11.30 malam menaiki bot ikan sebab pada waktu itu perkhidmatan feri sudah tiada. Kelakar sangat bagi aku. Bau ikan, bau laut segar, tanpa jaket keselamatan, semua ada. Pengalaman baru bagi aku.

26/11/2011 (Sabtu) ; Kami semua membuat aktiviti laut seperti mandi laut, kayak, berkhemah, membuat bangunan pasir. LETIH!! Itu yang dapat dikatakan. Pada malamnya, walaupun hujan tetap kami berjalan2 di Teluk Nipah. Makan ikan bakar, beli barang2. Selepas itu, kami mandi air kolam tengah malam. Sejuk2 tapi gigih lagi. Buat tarian gimrama, lumba renang, selam paling lama. ZZZzzzz berdengkur pada waktu tido. :D


27/11/2011 (Ahad) ; Pulang ke Kuala Lumpur semula. Tapi singgah jap di Tanjung Malim sebab mahu berjumpa kawan2 lain yang x dapat join aktiviti nie (Yen, Omar & Fahmy). Dapat la makan kek coklat. Sedap!! Sampai ke Kuala Lumpur dalam pukul 7.30 Malam..

No comments:

Post a Comment